1.   Mengapakah Perkhidmatan Dalam Talian ini diwujudkan?
    Memudahkan permohonan ke tahun 1, semakan kehadiran dan mengemaskini profil anak jagaan tanpa ibu bapa murid perlu mengisi borang manual.

2.   Bagaimanakah Perkhidmatan Dalam Talian ini berfungsi?
    Ibu bapa / penjaga perlu membuat pendaftaran kali pertama untuk akaun sendiri jika belum mempunyai akaun atau log masuk menggunakan akaun sendiri jika telah mempunyai akaun sendiri. Setelah ada akaun sendiri dan boleh log masuk, ibu bapa / penjaga boleh meneruskan transaksi perkhidmatan ini.

3.   Siapakah yang dibenarkan untuk mendaftar sebagai pengguna?
    Ibu bapa dan penjaga.

4.   Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar sebagai pengguna baru?
    Tekan Pengguna Baru-> Isi semua medan Daftar Pengguna -> Tekan Daftar
Bahan Rujukan.

5.   Selepas membuat pendaftaran, saya mendapati No. Mykad yang dimasukkan adalah salah, apakah yang harus saya lakukan?
    Sila daftar semula dengan menggunakan No. Mykad yang betul.
Sekiranya telah memohon menggunakan Id Pengguna yang salah atau menggunakan MyKid murid, Pengguna boleh teruskan permohonan dengan menggunakan Id tersebut.

6.   Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan semula kata laluan sekiranya terlupa?
    Tekan Lupa Kata laluan -> Isi semua medan No MyKad/Id Pengguna dan Pengesahan Kod-> Klik butang MOHON KATA LALUAN.
Mohon semak e-mel (berdasarkan e-mel yang telah dimasukkan semasa pendaftaran)

7.   Bagaimanakah jika E-mel yang dimasukkan semasa pendaftaran tidak sah untuk membuat fungsi LUPA KATA LALUAN?
    E-mel kepada pihak admin. (Dengan subjek e-mel: E-mel tidak sah untuk fungsi kata laluan)
Meja bantuan Negeri/PPD.

8.   Bagaimanakah jika hendak mengemaskini maklumat pengguna sistem selain dari Id Pengguna?
    Sila Daftar Masuk terlebih dahulu, kemudian klik butang menu UTILITI.