PEMAKLUMAN: Untuk makluman, ibu bapa penjaga boleh membuat semakan keputusan permohonan penempatan ke Tahun 1, membuat pengesahan penempatan dan membuat rayuan ke sekolah pilihan (sekiranya tidak bersetuju dengan sekolah yang ditempatkan) mulai 1-30 Ogos 2022 di pautan https://public.moe.gov.my.
Permohonan lewat ke Tahun 1 secara dalam talian boleh dilakukan sehingga 14 Februari 2023.
Kemas kini Profil Murid boleh dilaksanakan mulai 11 Januari 2021 (Isnin) secara dalam talian. Tiada pengisian Borang Maklumat Murid (BMM) secara manual. Sekiranya tuan/puan tidak mempunyai peralatan komputer dan akses ke talian internet, boleh menghubungi pihak sekolah untuk mendapatkan bantuan menggunakan peralatan komputer dan akses talian internet sekolah atau hadir ke Pusat Internet Desa (PID) yang berhampiran.
Penyemakan Kehadiran Murid boleh dilakukan secara dalam talian bermula hari pertama sesi persekolahan.
Bagi pengguna SPATKPM yang baru, anda perlu mendaftar terlebih dahulu di PENGGUNA BARU. Pendaftaran pengguna adalah menggunakan ID Pengenalan ibu bapa/ penjaga.
Sebarang pertanyaan, sila berhubung terus dengan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) yang berkaitan. Maklumat pegawai JPN dan PPD boleh diperolehi pada menu HUBUNGI KAMI.